Saturday 1 February 2014

Cuti2 ke Singapura

27.04.2012

Tetiba timbul niat untuk melawat Singapore atas ajakan sorang sahabat yang bernama Zila.. akupun naik keretapi pergi JB n ten tido rumah Zila kat Kempas..Esoknya aku gerak ke Singapore saabat lame..  scan Pagi2lagi kami dah gerak ke Singapore menaiki bas. tambang dalam rm1.. sampai kat Singapore kami berjalan dengan laju untuk ke tempat Imigresen Pasport. Pastu kami berlari-lari untuk mengejar bas tadi..klu x dapt kejar kali terpaksa ambil satu lagi bas.. ruginya. klu da masuk Singapore jadi 1SGD(RM2.50).Aku dan Zila bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki MRT. Sistem MRT berbeza sikit dari negara kita, iaitu dia menggunakan deposit 1Sgd termasuk tambang. Satu perjalanan dalam 2.70SGD bersamaan RM6.48. Lepas sampai satu destinasi itu deposit itu akan dikembalikan dengan menggunakan mesin.
Banyak gak tempat menarik yang kami pergi. Seperti Jurong East, Orchard Road, Woodlands dan Marina Bay.  Pengalaman yang paling best pada arini ialah dapat tengok lampu colourful kat Patung Singa tu.. cantik betul. Ketika di Marina Bay sempat lagi naik Singapore Flyers, harga tiket 29Sgd(RM69.60). Sedar tak sedar malam menjelma. Apelagi aku terus bergambar dekat patung singa. Inilah lambang Singapore.. Rugi klu tak bergambar di sini. Lewat dalam 10.00 mlm kami pulang ke JB tido di Kempas rumah sahabatku.

28.04.2012

Dalam tengahari tu sekali lagi kami bergerak ke Singapore. Kali ini menuju ke Universal Studios menaiki kereta sahabatku. Dalam pukul 2 petang kami tiba ke Universal Studios. Ini adalah destinasi yang paling seronok aku rasakan di Singapore. Universal Studios terletak di Sentosa. Tiket untuk masuk ke USS ni 67 Sgd (RM160.80) sorang. USS ni memaparkan citer2 movies 3D yang dikeluarkan oleh Universal studios cthnya seperti Kungfu Panda, Titanic, The Mummy, Transformers, The Shreks, Jurassic Park, Marilyn Monroe, The Hulk dan pelbagai lagi yang popular. Makan kat USs mmg mahal air minarel jer RM5. Oleh itu, kami bawa sandwich utk bekalan. Untuk makan tengahari kami makan di food court di Jurasic Park. Aku makan nasi ayam yang berharga rm15 termasuk air. mahalkan?? Kawan aku makan bubur kacang ceroi dia campur air jer.. tak bubuh santanpun.. tak sama macam masakan Malaysia. Perlu diingatkan toilet di Singapore takde paip..so botol mineral tu boleh dijadikan sebagai cebuk. nasib tak tido di Singapore. Pengalaman main Transformers memang best.. kita mengalami situasi citer tu betul2.. Shrek dan The Mummypun best. Jurassic Park kami main permainan basah. basah jugalah kami mngharungi arus deras sungai.

Saturday 25 January 2014

WAHAI PURNAMA

Wahai purnama, wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana, bagaimana
Nak kuluah dengan kata-kata.
Engkau menyinar di alam tinggi, di alam tinggi 2x
Terangi kegelapan dan kebatilan.

Dengan mu alam bergemerlapan, bergemerlapan 2x
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan.

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya 2x
Siang dan malam jua, siang dan malam jua.

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu 2x
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

Ariana Rose Drama

Thursday 5 December 2013

Aku amat hargai akan persahabatan kita selama ini... Mona dan Dayang memori bersama tak mungkin dilupakan. Segala kisah suka dan duka kita harungi bersama walaupun adekalanya terjadinya salah paham antara kita. Kita selalu menghabiskan detik2 bersama demi untuk mengisi masa lapang kita. Almaklumlah hidup merantau... aku berasal dari Perak. Mona asal Kuantan.. Dayang pula asal Sarawak. Selama 2 tahun kita sentiasa bersama. Monanya yang dulu seorang penyengap dan menyendiri akhirnya ikut rentak kami. Barulah dia dapat menyesuaikan diri ngan kawan2 opis yang lain.. Maner boleh hidup ngan dunia sendiri.. tensen beb....Dayang pula seorang yg hepi go luccy.. macam tak mengenal erti sedih namun ape yang tersimpan dilubuk hatinya hanya Tuhan jer tahu. Aku tahu diapun ade problem gak..manusia mane takde problem... Mona dengan masalah dia juga.. Aku jer mase tu takde masalah.. yang tahu membuat aktiviti menghabiskan duit jer.. hehe shopping,karoke,bowling dan tengok wayang.. hobi aku dan Dayang ialah karoke.. sebenarnya aktiviti ni pada mulanya bukan hobi kami. Ianya terjadi sebab kami tensen ngan CC Zaiton. Asyik kena marah jer.. asal tensen pi karoke..hilang tensen kami..sekarang klu tak karoke tak sah..di situlah kami amik lagu highnote untuk melepaskan tensen. Kami juga menghabiskan mase berjalan-jalan di Janda Baik, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, Pahang, Melaka dan Perak. Namun begitu setiap pertemuan pasti ade perpisahan. Oleh kerana jawatan aku jumud ,JPA telah memberi aku kata dua samada aku minta tukar ke mana-mana atau diorg akan hantar jer ke mana ade kekosongan jawatan aku. Aku terpaksa membuat pilihan untuk bertukar ke Perak. Manakalapula Dayang parent dia suruh bertukar balik Sarawak.. Tinggal Mona saje yg stay di Putrajaya. Bukan kami tak kesian ngan Mona tapi kami nak tinggal juga ngan family. Sape tak nak kembali ke pangkuan keluarga. Maafkan kami Mona... salam permisi

Majlis Mengacau Bubur Asyura

Arini 5 Desember 2013 diadakan Majlis BubuR Asyu di Opis aku...wahhhh seronok bila ramai berkumpul memberi kerjasama yang jitu.. akupun pagi tu turun jap membantu dalam persiapan menyediakan bahan2 untuk bubur Asyura. Pastu aku balik ke pejabat untuk menyiapkan reten bulanan dan mingguan. Ape nak buat diorg buat majlis time kita tgh sibuk.. keje opis kena buat gak.. huhu CC Aziah dan Sjn Mardiah memang buat kerja A to Z.. baguslah diorg ni..akupun nak stay juga tapi ade reten menungggu lak..

Monday 2 December 2013

Resepi Pizza

Sungguh berterima kasih pada En.Shamsuri kerana memberi resepi Pizza yang sedap ni..serupa rase macam Pizza Hut. Di sini aku ingin turunkan resepi pada pembaca blog aku..

Bahan-bahan Roti Arab, Sos Prego, Mozarella Cheese, Mayonis dan daun Oregano.Bahan untuk diletak atas roti terpulang kita nak campur ape. Bawang Bulat, Cili Benggala, Nenas, Ayam Cincang, Daging Cincang, Hot Dog, Kacang Pes dan Carrot. bahan2 tersebut dimasak dahulu atas api.Sehingga masak. Dicampur sos Prego dan sedikit garam. Roti Arab disapu Prego. Pastu Letak bahan2 yang hendak dicampur. Bubuh Mayonis dan Chease Mozarella serta daun oregano ditaburkan.. Jika ingin sedap bubuh cheese dlm kuantiti yg banyak. Panaskan suhu oven 180 darjah celcius.masak selama 20 minit. Selamat mencuba!!!!

Sunday 1 December 2013

Photo: PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. 
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA