Saturday, 1 February 2014

Cuti2 ke Singapura








27.04.2012

Tetiba timbul niat untuk melawat Singapore atas ajakan sorang sahabat yang bernama Zila.. akupun naik keretapi pergi JB n ten tido rumah Zila kat Kempas..Esoknya aku gerak ke Singapore saabat lame..  scan Pagi2lagi kami dah gerak ke Singapore menaiki bas. tambang dalam rm1.. sampai kat Singapore kami berjalan dengan laju untuk ke tempat Imigresen Pasport. Pastu kami berlari-lari untuk mengejar bas tadi..klu x dapt kejar kali terpaksa ambil satu lagi bas.. ruginya. klu da masuk Singapore jadi 1SGD(RM2.50).Aku dan Zila bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki MRT. Sistem MRT berbeza sikit dari negara kita, iaitu dia menggunakan deposit 1Sgd termasuk tambang. Satu perjalanan dalam 2.70SGD bersamaan RM6.48. Lepas sampai satu destinasi itu deposit itu akan dikembalikan dengan menggunakan mesin.
Banyak gak tempat menarik yang kami pergi. Seperti Jurong East, Orchard Road, Woodlands dan Marina Bay.  Pengalaman yang paling best pada arini ialah dapat tengok lampu colourful kat Patung Singa tu.. cantik betul. Ketika di Marina Bay sempat lagi naik Singapore Flyers, harga tiket 29Sgd(RM69.60). Sedar tak sedar malam menjelma. Apelagi aku terus bergambar dekat patung singa. Inilah lambang Singapore.. Rugi klu tak bergambar di sini. Lewat dalam 10.00 mlm kami pulang ke JB tido di Kempas rumah sahabatku.

28.04.2012

Dalam tengahari tu sekali lagi kami bergerak ke Singapore. Kali ini menuju ke Universal Studios menaiki kereta sahabatku. Dalam pukul 2 petang kami tiba ke Universal Studios. Ini adalah destinasi yang paling seronok aku rasakan di Singapore. Universal Studios terletak di Sentosa. Tiket untuk masuk ke USS ni 67 Sgd (RM160.80) sorang. USS ni memaparkan citer2 movies 3D yang dikeluarkan oleh Universal studios cthnya seperti Kungfu Panda, Titanic, The Mummy, Transformers, The Shreks, Jurassic Park, Marilyn Monroe, The Hulk dan pelbagai lagi yang popular. Makan kat USs mmg mahal air minarel jer RM5. Oleh itu, kami bawa sandwich utk bekalan. Untuk makan tengahari kami makan di food court di Jurasic Park. Aku makan nasi ayam yang berharga rm15 termasuk air. mahalkan?? Kawan aku makan bubur kacang ceroi dia campur air jer.. tak bubuh santanpun.. tak sama macam masakan Malaysia. Perlu diingatkan toilet di Singapore takde paip..so botol mineral tu boleh dijadikan sebagai cebuk. nasib tak tido di Singapore. Pengalaman main Transformers memang best.. kita mengalami situasi citer tu betul2.. Shrek dan The Mummypun best. Jurassic Park kami main permainan basah. basah jugalah kami mngharungi arus deras sungai.



Saturday, 25 January 2014


                                  

WAHAI PURNAMA

Wahai purnama, wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana, bagaimana
Nak kuluah dengan kata-kata.
Engkau menyinar di alam tinggi, di alam tinggi 2x
Terangi kegelapan dan kebatilan.

Dengan mu alam bergemerlapan, bergemerlapan 2x
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan.

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya 2x
Siang dan malam jua, siang dan malam jua.

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu 2x
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

Ariana Rose Drama